http://www.one.org
ILYY(:
Wednesday, July 12, 2006

12 Julai 2006
LETUPAN GEGAR MUMBAI
MUMBAI: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam tujuh letupan bom di beberapa stesen kereta api di bandar Mumbai semalam, lapor stesen televisyen CNN-IBN, yang menukil sumber polis.
Awal dari itu, ketua polis Mumbai, Encik A.N. Roy, berkata sekurang-kurangnya 20 mayat sudah dibawa ke hospital.
Jurucakap Western Railway, Encik Pranay Prabhakar, mengesahkan tujuh letupan berlaku dan semua perkhidmatan kereta api sudah digantung di bandar itu.
Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab tetapi polis mengesyaki ia angkara gerila pemisah Kashmir. - AP, AFP, Reuters.

BAHASA MELAYU <33 ;

Monday, July 10, 2006

10 Julai 2006
JERSI ANAK JADI PENAWAR RINDU

'Walaupun pelbagai usaha, saya sekeluarga lakukan semasa hayatnya, saya tetap kesal kerana tidak dapat melakukan lebih banyak lagi,' kata Cik Laili.

Saya berasa sangat sedih apabila saya membaca akhbar ini. Saya berkasihan dengan Cik Lela yang asyik membelek-belek dan mencium sehelai jersi nombor 16 yang koyak rabak dan mempunyai kesan darah. Jersi itu anaknya yang punya.Dia adalah seorang penagih Subutex. Semasa dia terjatuh di tepi jalan dekat Jalan Bahar, dia koma dan menghembuskan nafas terakhir hampir seminggu kemudian di hospital. Lagi-lagi, sekarang hangat dengan Perlawanan bola sepak. Ia akan membuat Cik Lela lebih sedih. Saya berharap Cik Lela jangan sedih-sedih sangat.

BAHASA MELAYU <33 ;

Sunday, July 09, 2006

8 Julai 2006
SIARKAN 'KIAMAT SUDAH DEKAT'

Saya amat bersetuju dengan cadangan untuk menyiarkan sinetron Kiamat Sudah Dekat. Saya pasti drama ini akan mendapat sambutan baik sebagaimana mereka telah jangka. Saya, sebagai penonton akan menonton cerita itu. Kenyataan bahwa kiamat sudah dekat amat menyedihkan. Saya berharap jika ia disiarkan, ramai orang akan menontonnya dan akan menyedari kesalahan kami.

BAHASA MELAYU <33 ;

Saturday, July 08, 2006

8 Julai 2006
BOLEH DIHUKUM MATI JIKA TINGGALKAN SOLAT DI SOMALIA

Penduduk Somalia yang gagal menunaikan solat lima waktu berdepan dengan risiko hukuman mati selepas seorang ulama tempatan terkemuka mengeluarkan fatwa mengenainya kelmarin.
Hukuman terhadap mereka yang meninggalkan solat lima kali sehari itu kelihatan mengesahkan pengaruh perikatan kumpulan Islam yang kini menguasai Mogadishu. Tidak diketahui siapa yang akan menguatkuasakan hukuman itu atau bagaimana ia dilaksanakan tetapi perikatan pertubuhan Islam itu mempunyai sayap bersenjata. Saya sangat terperanjat dengan kenyataan ini. Saya berasa tidak haruslah membuat begini kerana ia belum masa orang itu pergi. Jika diberi lebih banyak masa, mungkin orang itu akan menyedari kesalahannya dan bertaubat.

BAHASA MELAYU <33 ;

Thursday, July 06, 2006

6 Julai 2006
IBU DAN DUA ANAK MAUT DIGILIS KERETA API

'Selepas bangun tidur pagi ini, ibu panggil kami adik-beradik dan berkata, kita semua akan pergi mati. Kami kemudian berlegar-legar di sekitar kawasan landasan kereta api sambil menangis sehingga sampai di tempat kejadian. Apabila ibu menangis, adik bongsu saya, Ester, bertanya, kenapa menangis, ibu kata hidup kami semua sudah tidak ada makna lagi. Adik saya yang tidak faham apa maksudnya, hanya ketawa dan ibu mula memeluk kami dengan erat di tengah-tengah landasan kereta api,'

Saya berasa sangat terperanjat apabila saya membaca tentang kejadian yang sangat ngeri itu. Saya berasa sangat sedih bahawa ibu itu membunuh diri sendiri bersama anak-anaknya. Saya rasa ini adalah kelakuan yang tidak bagus. Pada pendapat saya, manusia tidak haruslah membunuh diri walaupun hidupan kita susah. Kuat semangat dan menanganilah masalah dengan perlahan. Saya rasa kalau hendak membunuh diri pun janganlah sebegitu.

'ditemui hancur dengan cebisan mayat mereka bertaburan sehingga sejauh 100 meter'

BAHASA MELAYU <33 ;

Wednesday, July 05, 2006

5 Julai 2006
CUBA SELUDUP 99 KARTON ROKOK

Lelaki yang berusia di dalam linkungan empat puluh tahun ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas setelah dipercayai menyeludup 99 karton rokok. Siasatan awal mendedahkan lelaki itu dijanjikan bayaran RM300 ($130) untuk menghantar rokok itu ke sebuah tempat meletak kereta di Punggol. Kadang-kala saya tertawa diri sendiri. Walaupun di luar pakej rokok itu ada gambar-gambar seperti kanser dan sebagainya, ramai orang masih membelinya. Sekarang ada banyak kempen untuk berhenti merokok. Saya harap dengan ini, orang ramai akan berhenti merokok kerana ia akan menjejaskan kesihatan seseorang itu sahaja. :D

STAY SMOKE-FREE

BAHASA MELAYU <33 ;

Tuesday, July 04, 2006

4 July 2006
MOTOSIKAL REMPUH KERETA BELAJAR MEMANDU

Encik Isham Saini yang berusia 30 tahun itu sedang mununggang motosikalnya apabila dia terlanggar dengan sebuah kereta; pemandu yang ketika itu sedang belajar memandu kereta. Motosikal itu kemudian merempuh kereta itu yang sedang bergerak menuju ke arah yang bertentangan. Encik Isham mengalami kecederaan parah di kepala. Beliau kini dirawat di Hospital Besar Changi. Saya harap supaya beliau akan sihat semula dan supaya keadaannya akan stabil. Pemandu-pemandu di jalan raya haruslah selalu BERHATI-HATI dan MEMANDU DENGAN SELAMAT :D

BAHASA MELAYU <33 ;

Monday, July 03, 2006

3 Julai 2006
WANITA CEDERA PARAH

Seorang wanita yang berusia lima puluh tahun telah cedera parah setelah dilanggar oleh sebuah kereta ketika sedang menyeberang jalan raya di Boon Lay Way semalam. Kereta yang melanggarnya dan larikan diri. Pemandu tersebut sedang menuju ke Commonwealth Avenue West apabila kemalangan itu berlaku. pada pendapat saya, ia akan membuat pemandu itu lebih berasa bersalah apabila dia melarikan dirinya. Saya berharap pemandu kereta itu akan menyerahkan dirinya untuk hukuman yang lebih sederhana. Semoga wanita itu dalam keadaan stabil sekarang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai nahas itu diminta menghubungi Trafik Polis di talian 1800-547-1818.

BAHASA MELAYU <33 ;

1 Julai 2006
BH/BM BERWAJAH BARU

Tujuan utama ialah menjadikan kedua-dua akhbar ini lebih menarik untuk dibaca, dengan mengambil kira selera pembaca. Saya bersetuju bahawa tugas ini tidaklah mudah kerana selera dan minat pembaca begitu berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Pada pendapat saya, BH/BM yang berwajah baru ini menarik perhatian saya. Apabila kakak saya membaca surat khabar melayu hari ini, dia berkata, "Eh, sudah berubah!". Saya rasa kekok dengan perubahan surat khabar Melayu pada mulanya tetapi saya rasa 'font' sekarang lebih senang untuk dibaca.

BAHASA MELAYU <33 ;

Thursday, June 29, 2006

30 Jun 2006
MAUT TIDAK LAMA SELEPAS MINTA AYAH DAN IBU USAH RISAU

Junie yang bakal memasuki Universiti Pengurusan Singapura telah meninggal dunia dala kemalangan jalan raya di Yishun Central setelah meminta ayah dan ibunya usah risau. Dia membonceng motosikal teman lelakinya. Malangnya, ia berlanggar dengan sebuah lagi motosikal. Sayab ersimpati dengan keluarga remaja itu. Saya ingin menyampaikan salam takziat kepada ibu bapa remaja itu. Mudah-mudahan, mereka di jalan raya akan memandu dengan cermat dan berhati-hati selalu!

BAHASA MELAYU <33 ;

29 Jun 2006
SYARIKAT TEKSI TENTUKAN TAMBANG

Tambang permulaan perjalanan sebanyak $2.40 tidak berubah sejak 12 tahun lalu. Ia sepatutnya dinaikkan kepada $2.60 pada 1998, tetapi dibatalkan kerana kemelesetan ekonomi. Tambang permulaan perjalanan dijangka dinaikkan 10 sen kepada $2.50. Bayaran tambahan pada waktu sibuk dijangka berganda.

Pada pendapat saya, saya setuju bahawa perubahan pada tambang teksi akan menjejas pendapatan seseorang drebar. Tambang teksi tidak dikawal pemerintah. Oleh itu, syarikat teksi yang mengawal tambang ini. Saya rasa menaiki sebuah teksi sangatlah mahal jika dibandingkan dengan bas ataupun pengangkutan gerak cepat(MRT). Walaubagaimanapun, tambang teksi akan menjejas pendapatan pemandu itu. Dengan ini, saya rasa tambang teksi sekarang agak memuaskan.

BAHASA MELAYU <33 ;

Wednesday, June 28, 2006

28 Jun 2006
Doktor nasihatkan remaja usah 'buang' anak luar nikah

Doktor mendapati bahawa remaja melayu asyik menggugurkan bayi. Doktor menaishati kami bahawa ada risikonya dan ia akan menjejas kesihatan kami. Jalan keluar yang boleh mereka ambil adalah seperti menyerahkan bayi itu kepada orang lain sebagai anak angkat. Beberapa bahaya utama pengguguran ialah infeksi yang boleh membuat wanita sakit teruk dan mandul, pendarahan, rahim koyak dan masalah dalam kehamilan selanjutnya. Di sekolah, kami pernah diajar(SCIENCE :D). Daripada reaksi rakan-rakan saya, saya berharap ini tidak akan terjadi ;D JAGA DIRI BAIK-BAIK.

maruah diri penting!

BAHASA MELAYU <33 ;

Tuesday, June 27, 2006

27 Jun 2006
BERI UBAT BERLEBIHAN: DOKTOR DIGANTUNG LESEN DAN DIDENDA $2,000

SMC menggantung lesen seorang doktor keluarga di sebuah klinik di Jurong selama tiga bulan kerana gagal memberikan mutu khidmat penjagaan kesihatan mengikut piawaian. Doktor itu juga didenda $2,000. Di kelas baru kami mempelajari tentang keterlaluan ubat. Pesakit akan mendapat kesan tindak balas sebagaimana kami bincang di kelas tadi.


SMC juga mendapati Dr Lim melakukan empat kesalahan kerana memberikan preskripsi ubat benzodiazepine secara keterlaluan dan gagal memberikan kaunseling kepada pesakit serta merujuk mereka kepada penilaian psikiatrik. Sya telah ke yahoo dan mendapat tahu bahwa benzodiazepine ada berbagai kesan seperti berikut...

large dose produces staggering, blurred vision, impaired thinking, slurred speech, impaired perception of time and space, slowed reflexes and breathing, reduced sensitivity to pain. Overdoses cause unconsciousness, coma and death
-dipetik dari Yahoo Health

BAHASA MELAYU <33 ;

26 jun 2006
BUAT MALU ENGLAND SAJA

Perlawanan belum bermula dan sebanyak lima ratus penyokong England telah ditangkap kerana mabuk dan berkelakuan agresif. Saya rasa ini adalah perbuatan yang merugikan diri sendiri. Pada pendapat saya, saya setuju bahawa mereka telah mencemarkan imej beribu-ribu penyokong sejati England. Saya harap kejadian ini tidak akan terjadi lagi tetapi ia agak mustahil kerna perkara ini selalu berlaku. xD

BAHASA MELAYU <33 ;

24 Jun 2006
BANJIR KILAT DI MRT NOVENA

'Nasib baik perkhidmatan MRT tak terjejas, jika tidak saya pasti lambat sampai ke ofis,' kata kerani yang bekerja di Toa Payoh itu.

Penumpang MRT disambut banjir yang mencecah buku lali di MRT Novena pada awal pagi hari ini. Saya rasa jika saya di sana saya pun akan berasa sangat cemas. Pertama sekali, takut jika air itu akan merosakkan peralatan elektrik di MRT. Kedua, takut bahawa saya akan mendapt kejutan elektrik di sana. Banjir kilat sekitar 7 pagi di stesen bawah tanah itu dipercayai disebabkan air yang menitis dari siling. Pada pendapat saya, saya sangat gembira bahawa kaki tangan stesen Novena telah bertindak dengan pantas. Saya bersyukur tinggal di SINGAPURA YANG AMAN DAMAI INI. hehehe

BAHASA MELAYU <33 ;

23 Jun 2006
PERKUAT MOTIVASI DIRI, SEMANGAT MELALUI GRAFITI

'Saya lihat hip hop kini dekat dengan hati para pelajar jadi saya rasa ia sesuai digunakan kerana mereka memang meminati budaya itu,' kata Encik Sukaimi Kegan, guru Sekolah Menengah Siglap.

Pada pendapat saya, ia adalah idea yang sangat bagus untuk membantu pelajar yang bermasalah memalui sesi mentoring. Dengan ini, pelajar-pelajar itu dapat menunjukkan daya kreativiti mereka dan juga bakat mereka. Grafiti memboleh seseorang pelajar itu meluahkan perasaan mereka. Kata seorang pelajar di Sekolah Menegah First Toa Payoh, beliau sebenarnya takut menyembur cat ke tembok. Dengan sokongan kawan-kawannya dan mentor, beliau rasa lebih yakin terhadap diri sendiri dan minat beliau dalam grafiti mula menimbul.

Melaui grafiti, bukan sahaja seseorang itu dapat menunjukkan bakatnya tetapi dia dapat meningkat keyakinan seseorang itu(:

BAHASA MELAYU <33 ;

Thursday, June 22, 2006

22 Jun 2006
PENCUCI TANDAS PUN ADA 'STANDARD'

Lima puluh satu pekerja dalam pakaian keselamatan, kasut getah, sarung tangan dan pelitup pernafasan seakan-akan dalam satu misi penting untuk membasmi penyakit berjangkit. Mereka telah ditugaskan untuk 'membunuh' bukan sahaja kuman tetapi juga bau tidak enak dalam tandas. Kursus itu mengajar mereka cara-cara membersihkan tandas dengan lebih teliti dengan menggunakan teknik-teknik khas serta peralatan canggih untuk menghapuskan kotoran degil, sekali gus menjadikan tandas-tandas di sini lebih bersih. Krsus itu disampaikan oleh tiga orang Jepun. Komen-komen yang mereka dapat daripada mereka yang menghadiri kursus itu adalh bahwa mereka mendapat pengalaman dan kemahiran yang baru. Saya tidak tahu mengapa tetapi saya suka senyum ke arah pencuci di mana-mana sahaja. HAHA. Begitu hairan. Saya pun suka melihat 'National Servicemen" di dalam unifom mereka. tampan!! hairan bin ajaib...

BAHASA MELAYU <33 ;

21 Jun 2006
IBU, ADIK MALU DREBAR BAS HERDIK


Pada 13 Jun lalu, antara 1.50 dengan 2.15 petang, ibu dan adik penulis menaiki bas SBS perkhidmatan nombor 98 (nombor plat SHB 9082E) di Jurong West Street 51.
Ketika itu, adik penulis, pelajar menengah dua dan tidak beruniform, membayar tambang sebanyak 55 sen. Kad konsesi basnya telah hilang beberapa hari sebelumnya.
Pemandu bas meminta adiknya menunjukkan kad basnya. Walaupun adiknya sudah menjelaskan kepada pemandu tentang duduk perkara, pemandu tadi mengherdik dan mendesaknya supaya membayar tambang dewasa 90 sen. Peristiwa ini memalukan adiknya.

Saya pernah menaiki bas bersama Ferind setelah kami berlatih untuk kelas berdansa kami. Bas drebar itu sangat garang. Apabila seorang murid telah meletak kad ez-linknya di mesin, bas drebar itu akan menanya pelajar itu untuk menunjuk kak konsesinya. Ia sungguh menyeramkan.

BAHASA MELAYU <33 ;

20 Jun 206
BERSAMA MANFAAT CUTI

Pada cuti sekolah ini, ibu bapa selalunya akan membawa anak-anak mereka makan angin seperti di Malysia dan di Indonesia untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat bersama keluarga. Walabagaimanpun, tidak semua ibu bapa berbuat begitu. Ini adalah kerana mereka tidak dapat ambil cuti atau masalah kewangan. Ada keluarga yang terlibat dalam perkhemahan yang diajurkan oleh masjid di Singapura. Komen:

'Alhamdulillah, perkhemahan dua hari itu bukan saja dapat merapatkan lagi hubungan anggota keluarga yang terlibat malah membawa mereka mengenali lebih dekat akan nilai-nilai hidup yang boleh mengukuhkan lagi sesebuah rumah tangga,' tegas Haji Ali.

Walaupun pada hari itu ia hujan, para peserta tidak kecewa. Mereka terhibur dengan aktiviti-aktiviti yang menarik yang diadakan di Pulau Ubin. Mereka yang tidak pernah ke sana gembira dapat menaiki bumboat.

BAHASA MELAYU <33 ;

Sunday, June 18, 2006

19 Jun 206
PENGALAMAN PAHIT BUAT SAYA BENCI DENGAR KEKATA BULI

Artikel ini adalah tentang seorang pelajar lelaki di Sekolah Menengah Bedok View yang telah dibuli apabila dia berumur empat belas tahun. Kejadian itu berlaku apabila kawannya ternampaknya berkomunikasi bersama temanitanya. Kawannya salah anggap dan ingat yang bukan-bukan. Dari hari itu, pelajar itu asyik dibuli olehnya.u Dia selalu diejek dan dipanggil dengan pelbagai nama dan diperbodoh-bodohkan olehnya. Pernah sekali dia melemparkan sebatang tulang ayam bekas santapannya ke arah pelajar itu. Tulang itu berbekas kari, habis baju pelajar ity kotor. Yang sedihnya, kawan-kawan pelajar itu tidak berbuat apa-apa tetapi hanya mentertawakannya. Saya bersimpati dengannya. Dia tidak bersalah tetapi dituduh membuat sesuatu kesalahan. Saya sangat kasihan terhadapnya kerana dia takut ke sekolah kerana takut diejek. Satu hari, dia memberitahu ibunya. Masalah itu pun telh diselesaikan. Walaubagaimanapun, kejadian itu asyik memngganggunya. Sekarang pelajar itu Menengah Lima, tahun akhir di sekolah itu. Insya-Allah, dia akan menjadi kuat setelah kejadian ini. ((:

BAHASA MELAYU <33 ;

Saturday, June 17, 2006

19 Jun 2006
Fajar menyingsir membawa Hidayah di bumi Aceh

Di beranda hujung sebuh bagunan, berhadapan sawah padi dan banjaran Bukit Barisan atas lantai di bilisan, kedengaran alunan syahdu ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan seorang anak yatim lelaki belasan tahun. Kanak-kanak yatim itu tidur bergelimpangan di atas lantai, tidak bertilam atau beralaskan bantal. Alhamdullillah bahawa mereka masih ada tempat untuk bersolat. Setelah solat subuh, mereka akan mengaji dengan menggunakan kitab Al-Quran, kebanyakannya bersaiz saku dan buruk.

Pada masa tengahari, mereka akan di bahagikan dalam beberapa kumpulan dan setiap diberi tugas untuk dibuat. Ada yang membasuh baju dan ada yang mengemas bilik.

Penulis berkata bahawa pada masa rehat, dia berkomunikasi bersama mereka dan salah satu daripada anak yatim itu menyanyikan sebuah lagu Aceh;

Sedih...sedih, aku rindu buai dodoianmu, ibu...

Jika saya adalah penulis, saya akan bersimpati mereka dan dapat merasai kerinduan mereka terhadap orang tuanya.

Saya dari dahulu ingin membantu mereka di Aceh. Untuk apa sahaja seperti membina sebuah asrama atau perpustakaan atau membawa buku kepada mereka...tetapi saya tidak dapat ke sana kerana saya masih bersekolah. Lagipun, ibu bapa saya akan risau akan keselamatan saya. Jika saya berpeluang untuk ke sana apabila cuti sekolah atau bila-bila masa, saya ingin juga membuat aktiviti-aktiviti yang mereka buat hari-hari dan membawa mereka barang-brang keperluan. ((: Semoga mereka sihat walfiat. (:

BAHASA MELAYU <33 ;

18 Jun 2006
KONSERT BANTU MANGSA GEMPA

Tidak perlu membeli/membayar tiket, anda cuma boleh derma secara ikhlas untuk membantu mangsa gempa bumi di Yogyakarta. Itulah yang dapat anda lakukan dengan menghadiri konsert On The Edge Of Light - A Lo-fi Musical Showcase yang berlangsung pada Selasa, 20 Jun ini. Datanglah!

Kumpulan yang menjadikan Yogjakarta, yang terkenal dengan budaya dan kegiatan seninya, kumpulan ini tidak memberi tumpuan kepada sesatu genre muzik tetapi gemar menyatukan elemen-elemen rok, etnik dan muzik dunia dalam persembahan mereka. Kumpulan ini diasaskan oleh Rizky Sasono dan Rachel Saraswati dalam 2002.

Pada dewasa ini, banyak kejadian telah berlaku yang perlu bantuan daripada kita seperti tsumnami yang berlaku dua tahun lalu, pengeboman yang terjdi di semerata dunia dan juga malapetaka yang terjadi di negara yang malang dilandanya. Saya rasa, kami haruslah menolong orang-orang yang perlu bantuan kami.

BAHASA MELAYU <33 ;

Thursday, June 15, 2006

Artikel ini tidaklah dapat saya pendekkan. Jika ada masa, bacalah artikel ini :)

Sebagai Muslim, kita diseru dan malah diwajibkan membaca Al-Fatihah dalam pelbagai jenis ibadat.Dinamakan Al-Fatihah kerana ia pembuka Al-Quran, ia juga dianggap ibu kitab.
Di dalamnya terkandung doa yang boleh menghampirkan diri seseorang kepada Allah.
Namun, ada antara kita sering membacanya tanpa memahami dan mendalami maksudnya.
Allah berfirman: Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka. (Al-Fatihah: 6-7)

Menyusuli jalan orang-orang yang diberi nikmat ini, terdapat firman Allah bermaksud:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah iaitu para nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (An-Nisaa: 69)

Ini bermakna dalam surah Al-Fatihah, kita memohon perlindungan daripada Allah agar kita termasuk dalam golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan orang yang soleh.
Tegasnya, kita mengharapkan agar Allah menjadikan kita orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka. Ia juga bermakna kita menuntut darjat yang tinggi di syurga sebagaimana Allah melimpahkan kurnia kepada golongan itu. Jika segala nikmat di dunia ini tidak ternilai, bagaimana pula di akhirat kelak? Renungi maksud ayat berikut:

Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka. (Qaaf: 35)

artikel sepenuhnya di http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,76110,00.html?

BAHASA MELAYU <33 ;

Wednesday, June 14, 2006

15 Jun 2006
BAYI LAHIR DI PIE, TAK SEMPAT KE HOSPITAL

Doktor memberitahu Cik Sukartini Hashim bahawa dia akan melahirkan bayi yang keempat itu pada 16 Julai 2006. Kelmarin, beliau telah melahirkan bayinya di PIE kerana tidak sempat ke hospital. Namun, belum sampai 15 minit di dalam kereta, beliau sudah tidak dapat menahan lagi kelahiran bayinya lalu meminta agar kereta diberhentikan. Suaminya menjadi seorang 'bidan'. Cik Sukartini berkata bahawa ia adalah peristiwa yang menyeramkan, memlukan dan lega. Setelah bayinya dilahirkan, beliau membuka selendangnya untuk menyelimuti bayinya supaya dia tidak akan menggigil kesejukan.

Saya tidak pernah dengar atau membaca tentang seorang wanita yang melahirkan bayinya di tengah jalan. Setahu saya, selalunya, tidak kira program di televisyen ataupun di realiti, ibu itu sempat ke hospital. >< Jika saya adalah wanita itu, saya akan panik dan tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Jika itu adalah bayi saya yang pertama, saya tidak tahu bagaimana suami saya akan lakukan dalam keadaan itu. Saya gembira kerana mendapat tahu bahawa Cik Sukartini sihat setelah melahirkan anaknya.

BAHASA MELAYU <33 ;

Tuesday, June 13, 2006

>14 Jun 206
Pelajar ditemui nahas ketika pulang lepas tonton Piala Dunia

Noor Mohamad Hafiz, 15 tahun sedang berada di Hospital Besar Changi setelah dilanggar sebuah kereta dinihari kelmarin. Kepalanya retak tetapi Hafiz masih sedar. Mukanya luka-luka dan lebam. Ibunya sangat resah. Menurut Cik Normala, anaknya dan tiga teman sekolahnya sedang mengayuh basikal menyeberangi jalan raya apabila sebuah kereta berwarna gelap dikatakan melanggar anaknya. Lampu yang berwarna hijau itu membolehkan mereka melintas. Pemandu kereta itu terus memecut dan tidak hiraukan mereka. Budak-budak itulah yang menelefon ambulans sebelum menelefon saya selain daripada membuat laporan polis. Ibun hafiz sangat risau. Dia merayu kepada pemandu itu untuk tampil kerana dia ada sedikit masalah untuk membayar bil hospital. Baginya, kejadian ini membawa memori yang pahit. Dalam 1998, ayahnya terlibat dalam kejadian langgar lari dan meninggal dunia setelah lima bulan bertarung nyawa di hospital.

Pada pendapat saya, pemandu itu patut menyerahkan dirinya ke polis. Ini untuk kebaikan dirinya sendiri. Jika dia tidak berbuat demikian, dia akan berasa bersalah untuk seluruh hidupnya. Saya juga rasa bahawa ia adalah sesuatu perkara yang kejam kerana pemandu itu melarikan diri dan tidak menolong orang yang dilanggar olehnya. Polis masih menyiasat kes ini. Saya berharap pemandu itu cepat ditangkap.

BAHASA MELAYU <33 ;

13 Jun 2006
PELAJAR NTU CIPTA MESIN BAKAR SATE TANPA ASAP


Penggemar sate kini boleh membakar sate dalam rumah tanpa perlu risau bau asap melekat di baju. Pelajar di NTU telah mencipta sebuah mesin bakar sate yang tidak perlu memenatkan tangan membalik-balikkan sate dan mengipasnya. Ini kerana 12 pelajar tahun kedua Sekolah Kejuruteraan Mekanikal dan Aerospace (MAE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mencipta mesin membakar sate itu dengan menggunakan arang dengan cara bersih tanpa menggunakan asap.

Pada pendapat saya, ini adalah sebuah mesin yang sangat unik dan menarik. Walaupun ia besar, ia tidak perlu tenaga kita untuk membakar sate. Walaubagaimanapun, saya rasa, menggunakan cara yang lama lagi bagus. Pada pendapat saya, ia akan lebih sedap. Saya sangat bangga dengan pelajar NTU yang memenangi tempat kedua dalam kategori Automasi. Mesin itu memakan masa tiga minggu untuk disiapkan. Walaupun saya lebih suka pada cara yang tradisional, saya masih sokong mereka dan ingin mencuba sate itu.

BAHASA MELAYU <33 ;

12 Jun 2006
DOMPET LESAP KERANA ASYIK MAIN DI ARKED

Seorang remaja yang asyik bermain di arked hilang dompetnya. Apabila ia diseluk saku pun tidak dihiraukannya. Ia dipercayai bahawa seorang lelaki telah mencuri dompetnya apabila dia bermain di arked, Jurong Point. Apabila remaja itu sudah habis bermain baru dia tersedar. Dia ternampak lelaki yang terbabit tetapi gagal mengejarnya.

Di dalam dompetnya ada EZ-link card bernilai $7 dan $10. Suspek dikatakan setinggi 1.65 meter, berambut panjang hingga ke bahu dan dilihat memakai kemeja-T berwarna hitam dan berseluar jean.

Saya rasa semua orang yang bermain di arked haruslah berhati-hati kerana ia adalah tempat yang sangat bising dan ramai orang di sana. Bagi mereka yang bermain permaianan yang mempunyai banyak pergerakan, pastikan bahawa barang-barang di dalam kocek kamu tidak terjatuh. Oleh kerana ini, kita haruslah berhati-hati dan menyimpan barang-barang kita dengan selamat supaya tidak dapat dicuri orang.

BAHASA MELAYU <33 ;

11 Jun 2006
Kepingan 'awet muda'? Cubalah ke Gua Gong di Pacitan

Ia dikatakan bahawa kamu akan menjadi lebih muda jika kamu membasuh muka daripada air sebuah daripada tiga takungan air, yang masing-masing mempunyai 'kelebihannya' tersendiri. Satu takungan adalah untuk merawat penyakit. kedua adalah untuk membuang sial dan ketiga adalah untuk kelihatan muda. Penulis berkata bahawa udara di gua itu berbahang dan dia asyik berpeluh di sana. Terdapat batu-batu kristal di sana yang keliahatn seperti mutiara dan berlian. Walaupun Gua Gong dikatakan mempunyai ciri-cirinya sendiri, penulis percaya bahawa ia merupakan satu keajaiban ciptaan Allah swt. Saya juga berasa begitu.

Pada pendapat saya, ini adalah untuk mendapatkan lebih ramai orang ke negara itu. Ia adalah terpulang kepada diri kita sendiri untuk percaya bahawa Gua itu betul-betul mempunyai ciri-ciri tersebut. Benar atau tidak masih belum dibuktikan. Jika kamu cuba, datanglah ke Kabupaten Punung, Pacitan, Jawa Timur.(:

BAHASA MELAYU <33 ;

10 Jun 2006
UJI TAHAN TENGOK BOLA TANPA HENTI

Anjuran stesen radio Power 98 menguji daya tahan lima belas peserta untuk menahan ngantuk. Dari jam tujuh petang semalam, peserta mula bersengkang mata di kawasan 'kurungan' di luar Wisma Atria, yang dihias seperti ruang tamu. Makan minum teah disediakan di tempat itu. Peserta yang paling lama menonton tanpa tidur akan mendapat wang dan baucar barangan bernilai $10,000. Mereka dapat berehat untuk sepuluh minit setap enam jam.

Ada yang berkata bahawa mereka ingin menonton bola sepak di negara lain jika dapat duit itu. Ada pula hendak belajar luar negeri. Ramai daripada mereka mengatakan bahawa mereka mengambil bahagian sekadar suka sahaja; jika menang,menang jika kalah,kalah.

Saya rasa ini adalah pertandingan yang amat menarik dan jika saya dapat peluang ini saya pasti akan menyertainya walaupun saya tidak suka bolasepak. HAHAHA. Saya akan pasti tidur. Walaubagaimanapun, 'may the best man/woman win!' ;D

BAHASA MELAYU <33 ;

Sunday, June 11, 2006

9 Jun 2006
MERAPI HAMBUR GAS DAN ABU, RIBUAN LARIKAN DIRI

Gunung Merapi semalam menghamburkan gas panas dan abu yang terbanyak sejauh ini, menyebabkan lebih 18,000 penduduk kampung melarikan diri. Kampung yang paling terdekat di situ ialah kampung Kinahrejo, yang terletak sekitar 6.5 kilometer dari puncak gunung. Lebih daripada 18,000 orang meninggalkan tempat tinggal mereka yang terletak berdekatan dengan puncak gunung semalam.

Ramai orang yang mengatakan bahawa awan panas yang mungkin akan sampai ke tempat mereka membuat semua orang di kampung itu sangat gelisah dan susah hati. Ada yang panik.

Pada pendapat saya, ia adalah sesuatu masalah jika saya sekeluarga berdiam bedekataan dengan sebuah gunung. Ini kerana, gunung itu boleh menyemburkan awan panas dan boleh meletup bila-bila masa walaupun ada yang berkata bahawa gunung itu tidak aktif. Saya harap mereka yang tinggal dekat dengan gunung itu akan menjaga keselamatan mereka dan haruslah sedia jika apa-apa berlaku terhadap sesiapa.

BAHASA MELAYU <33 ;

8 Jun 2006
LELAKI DITANGKAP BERKAITAN KES TIKAMAN

Encik Zainal telah ditikam di bahagian perutnya dan telah meninggal dunia di hospital. Seorang lelaki yang telah terlibat dalam kes itu telah diberkas dan disyaki membunuh dan menikam mangsa yang berusia empat puluh satu tahun itu. Polis masih sedang menyiasat kes ini. Allahyarham dipercayai dirodok dengan pisau oleh salah seorang daripada rkan-rakannya yang sedang bertengkar.

Polis mendapat panggilan yang menyatakan bahawa seorang lelaki tergelimpang di kaki lima Circuit Road. Apabila didapati bahawa lelaki itu cedera, dia dibawa ke hospital dengan segera.

Pada pendapat saya, ia amat menyedihkan bahawa seorang rakannya membunuhnya oleh kerana sesuatu perkara yang kecil. Saya rasa kami haruslah fikir sebelm kita membuat apa-apa yang bodoh atau salah.

BAHASA MELAYU <33 ;

Saturday, June 10, 2006

7 June 2006
SENTOSA BAKAL JADI TARIKAN MALAM KELAS DUNIA

Satu projek di Sentosa yang menelan sebanyak $31 juta itu akan membuat Sentosa sebuah tempat yang lebih berwarna warni dan menarik. Di sana, akan diadakan sesuatu pertunjukan kesan cahaya, air dan laser(Pantai Siloso). Tiga ribu orang boleh memasuki tempat itu dalam satu masa. Menurut Kutua Executif, tarikan baru itu akan mengubah Sentosa menjadi tarikan malam bertaraf dunia bukan sahaja untuk warga Singapura malah pelancong asing ke negara ini. Mereka akan mengadakan sebuah pertunjukan bunga api dan bahan letupan dan ini adalah sangat menarik. Semoga pelancong-pelancong dari luar negara akan terhibur dengan persembahan yang akan dipersembahkan pada tahun yang akan datang.

Daripada artikel-artikel yang lain, saya dapat tahu bahawa Singapura bukan sahaja kreatif tetapi Singapura adalah sebuah tempat yang selamat.

BAHASA MELAYU <33 ;

6 Jun 2006
PEROMPAK LETAK PARANG DI LEHER BUDAK

Bayangkan ada sebilang parang di leher kamu. Saya akan berasa amat takut. Kejadian ini boleh dikatakan amat dahsyat. Seorang perompak telah meletakkan parang di leher seorang kanak-kanak yang berusi LIMA tahun sahaja. Saya tidak dapat menggambarkan situasi itu. Budak itu terselamat apabila neneknya memberi perompak itu rantai emasnya. Kejadian ini terjadi apabila mereka sedang bercuti di Johor Bahru. Ibubapa kanak-kanak itu tidak ada di sana kerana mereka sedang bekerja di Singapura.

2 perompak itu juga menendang dan mengetuk kepala kakak dan abang mangsa itu. Mereka mencuri barang kemas dan duit sebanyak $5000. Kejadian itu telah membat ketiga-tiga beradik itu serik unutk menziarahi nenek mereka di Malaysia lagi.

Pada pendapat saya, kawasan di tempat itu memanglah tidak selamat kerana itu bukanlah kali yang pertama sebuah perompakan terjadi. Dengan ini, saya harap nenek itu akan pindah di tempat lain atau di rumah anaknya sendiri untuk keselamatannya sendiri.

BAHASA MELAYU <33 ;

5 Jun 2006
21 RAKYAT IRAQ DIBUNUH LELAKI BERSENJATA

Seramai 21 orang dibunuh setelah diheret keluar daripada bas di baghdad. Ada daripada mereka adalah pelajar yang ingin ke sekolah untuk membuat peperiksaan. Ini adalah satu serangan yang terburuk sjak beberapa minggu lalu. Sekarang, sering kami dengar tentang pengeboman yang terjadi di merata dunia. Kami haruslah bersyukur kerana Singapura bukan begini. Bayangkan bahawa kamu di situasi begitu. Saya rasa semua akan berasa takut dan tidak tenteram.

Sebagaimana saya telah mengata di artikel yang sebelum, Singapura telah mengambil banyak langkah-langkah untuk mebuat negara kita negara yang selamat.(: Ia amatlah bagus jika tidak ada pemusuhan di antara dua negara di dunia ini tetapi ini tidak akan terjadi. Saya bersimpati dengan semua orang yang terkorban di dalam bas itu.

Insya-Allah satu hari nanti ini semua akan berhenti.

BAHASA MELAYU <33 ;

3 Jun 2006
KAMERA DALAM KERETA API SMRT PULA

Sekarang ada kemera yang dipasang di gerabak-gerabak mrt. Kamera itu dilindungi dengan sebuah kotak yang sama warna dengan siling kerta api itu. Saya rasa ini bukan sahaja untuk keselamatan kita tetapi in juga akan menghentikan pelajar dan juga orang-orang memakan atau minum di kereta api. Orang atasan telah mencuba untuk memasang kamera-kamera itu di beberapa gerabak MRT Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat. Kamera pada gerabak MRT yang lain akan dipasang pada bulan ini.

Saya bahagia dan amat bangga dengan langkah-langkah yang teah dibuat oleh syarikat Cooperation SMRT bagi meningkatkan keselamatan pengangkutan awam. Lagipun, ini akan menyediakan Singapura jika sesiapa hendak meletakkan apa-apa pengeboman di dalam MRT. Pemasangan kamera CCTV adalah sebahagian langkah keselamatan yang diperkenalkan Singapura bagi meningkatkan lagi usaha menangani ancaman pengganasan.

Unit Polis MRT Ogos tahun lalu telah meronda kereta api dan stesen-stesennya untuk meningkat keselamatan. Saya pernah melihat Unit Polis di gerabak MRT dan saya tida berasa kekoh pun. Sebaliknya, saya berasa bersyukur dan amat selamat di Singapura((:

p.s. mereka sangat tampan dalam seragam mereka. woosh--

BAHASA MELAYU <33 ;

2 Jun 2006
Belum berakhir

Artikel ini adalah tentang komen-komen bagi wayang-wayang yang baru ditunjuk di pawagam. X-Men 3, The last Stand dikatakan rugi kerana wayang itu tidak begitu bagus dan memuaskan kerana mereka yang menontonnya akan berasa bahawa cerita X-Men itu masih belum berakhir. Ia adalah betul; X-men belum berakhir lagi! Ini akan membuat penonton gembira kerana X-Men tidak harus berakhir begitu sahaja.

Artikel ini menceritakan tentang 'Superman" yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Watak Superman akan ditukar kepada Brandon Routh yang mengambil ahli watak Christopher Reeve yang telah meninggal dunia. Ramai yang mengatakan bahawa pelakun yang baru ini sangat tampan dan adalah lelaki yang membuat jantung mereka berdegup. XD

Ada lagi cerita-cerita seram yang ditayangkan seperti The Nun dan The Omen. Saya telah menonton X-Men 3 dan juga The Nun dan pada pendapat saya, saya menyokong mendapat penulis ini bahawa saya rasa X-Men 3 tidak sebagus daripada serinya yang lepas. Walaubagaimanapun saya amat suka cerita The Nun yang kelakar dan juga menyeramkan. Saya rasa watak-watak di dalam cerita itu lebih bagus.

BAHASA MELAYU <33 ;

1 Jun 2006
BUDAK DISERANG KETIKA BALIK SEKOLAH

Seorang pelajar yang berusia dua belas tahun telah ditumbuk oleh sepasang ibu bapa yang ingin membalas dendam setelah ibu bapa pelajar itu enggan meminjam dua ratus dolar kepada mereka. Apabila pelajar itu ingin memekik meminta tolong, mereka menymbat tisu di dalam mulutnya.

Tumbukan yang sangat kuat itu selama lima minit telah melanda pelajar itu yang bernama Nasiruddin di dalam hospital. Nasiruddin megatakan bahawa dia tidak dapat melarikan diri pada saat itu. Oleh kerana tumbukan itu, baju seragam sekolahnya koyak dan mukanya pucat apabila sampai di rumah. Ibunya terkejut melihat keadaan anaknya.

Ibu bapa Nasiruddin mendapat tahu bahawa mereka adalah bekas jiran mereka yang ingin meminjam duit pada tahun 2004. Pada pendapat saya, ini adalah perbuatan yang kejam dan tidak harus dibuat oleh sesiapa pun. Saya rasa kami tidak harus embalas dendam untuk apa-apa pun sebaliknya meminta maaf. Saya harap kejadian ini idak akan berlaku lagi. Saya bersimpati dengan Nasiruddin yang tidak bersalah pun. Saya harap dia akan pulih dengan cepat.

BAHASA MELAYU <33 ;

Thursday, March 16, 2006

17 Mac 2006

Basikal Tua Di Reban Ayam

Image hosting by Photobucket
diambil daripada majalah, keluarga Januari 2006

Tengah hari itu, semuanya sibuk berhanding bahu menyiapkan juadah makanan tengahari. Anak-anaknya juga sibuk dengan agenda mereka. Mak Jah terbongkok-bongkok di tepi reban ayam. Mata tuanya liar meninjau-ninjau mencari mangsa yang sesuai untuk dikorbankan menjadi lauk tengahari. Tiba-tiba, Mak Jah menjerit, melolong bagaikan diserang histeria. Anak-anaknya berlari ke arahnya dan terpinga-pinga. Kenapa dengan ibu? Pertanyaan itu tidak terus berjawab. Anak Mak Jah membawanya ke ruang tamu untuk Mak Jah dibaringkan di atas permaidani. "Mana pergi harta aku? Mana pergi basikal tua kat tepi reban ayam itu?" kata Mak Jah. Kenapa dengan basikal itu? Siapa pula yang mengambilnya. Pertanyaan demi pertanyaan berlegar-legar di kepala anak-anak Mak Jah.

Setelah puas mencari, anak menantu mak jah memekik dari luar bahawa basikal itu ada di tepi pokok rambutan kerana cucunya ingin membuat tangga untuk memanjat pokok itu. Lega hati Mak Jah. Anak Mak Jah bertanya,"Kenapa ibu mengambil berat pasal basikal tua itu? Ceritalah kepada kami.". Anak-anak Mak jah semua ke ruang rumah untuk mendengar cerita itu.

Mak Jah menggerak-gerakkan tubuhnya di atas kerusi untuk mendapat posisi yang selesa. "banyak kenangan basikal tua itu," Mak Jah mula berbicara. Basikal itu kepunyaan arwah suaminya. Ia dihadiahkan oleh penghulu kerana menghargai kegigihan Ngah Said mengerjakan kebun kelapanya. Basikal tua itu yang menjadi saksi bisu percintaan mereka. Ketika kedatangan Jepun, basikal itu juga mangsa kerakusan penjaja Jepun. Ngah Said begitu sayang basikal itu lalu mencarinya selama sebulan. Apabila ia ditemu, Ngah Said menggunanya unutk menjaja laksa dan rojak. Pendapatannya diguna untuk menyekolahkan anak-anaknya. Basikal tua ini menjadi lambang kegigihan seorang tua keluarga mengharungi kepayahan hidup membesarkan anak-anaknya. Mungkin suatu hari yang kelak cucu-cucunya akan didedahkan dengan sejarah basikal itu. Biar mereka faham erti kesusahan.

BAHASA MELAYU <33 ;

16 mac 2006

Image hosting by Photobucket

Haid adalah proses keluruhan selaput dalam rahim yang terjadi akibat ketiadaan hormon yang dapat menampung selaput. Keadaan ini menyebabkan angin dalam perut bergerak aktif sehingga mengakibatkan perut menjadi kembung dan sesekali terasa memulas seperti ingin membuang air besar. Ia tidak berbahaya dan ia adalah perkara biasa. Untuk mengalaminya, sapukan ubat angin atau minyak angin pada bahagian tundun. Masalah badan berbau dan hanyir ketika mengalami haid pun adalah perkara biasa. Ia berlaku kerana haid adalah keluruhan selaput dalam rahim yang menjalani proses penuaan. Ia akan mengeluarkan tisu yang sudah mati dan ini berbau busuk. Untuk mengatasinya, anda haruslah melipatgandakan kebersihan diri. Tukar tuala wanita itu 5 kali sehari untuk keselesaan diri dan juga supaya badan tidak akan berbau. Proses pendarahan haid berbeza antara seseorang wanita degan wanita lain. Jika ada apa-apa yang tidak kena, pergilah menjumpa doktor. Setelah membaca artikel ini di dalam majalh, Keluarga(Januari 2006), saya lebih tahu lebih tentang isu diri sendiri. Aritikel ini telah menjawab banyak soalan yang saya ingin tahu apabila saya mengalami haid. Dengan ini, saya berasa artikel ini sangat infomatif. Saya ingin semua kawan-kawan untuk membaca majalah dan bukan sahaja buku dan suratkhabar kerana banyak majalah-majalah yang ada artikel tentang isu-isu kesihatan dan sebagainya. Kadang-kala ia juga sangat melucukan. Selamat membaca.

BAHASA MELAYU <33 ;

Wednesday, March 15, 2006

13 Mac 2006

Satu hari saya terfikir, sampai bila nak macam gini... jadi budak jahat. Saya nak buktikan walaupun imej saya macam budak nakal, saya mampu berjaya. Saya boleh merubah haluan hidup saya dan memulakan babak baru dalam kisah hidup saya -Muhammad Shafiq.

Muhammad Shafiq Sulaiman adalah seorang pelajar yang berusia 17 tahun di Sekolah Menengah Bedok View. Pada usia semuda 14 tahun, Muhammad Shafiq menganggotai kumpulan samseng remaja. Dia sering bergaduh, ke kelab malam dan pernah mencuri. Kononnya, kata Muhammad Shafiq, untuk tunjuk terror. Sikapnya di sekolah mula berubah. Pelajarannya juga merosot. Fikirnya, hidupnya tidak akan berubah sehinggalah dia sendiri tersentak daripada lamunannya.
Kisah Muhammad Shafiq mendorong Cikgu Karmin Abbas menulis lagu berjudul Diari Kecil.

Muhammad Shafiq dan dua rakannya telah bernyanyi lagu yang berjudul Diari Kecil itu di Sekolah Menengah Bedok View pada hari Isnin, 13 Mac. Shafiqah, Nazeera dan saya telah ke sana untuk menghadiri pelancaran Kelab Obor. Pada pendapat saya, pelancaran itu telah membuat saya lebih minat dalam bahasa melayu. Bukan itu sahaja, saya rasa kami haruslah membaca surat khabar hari-hari dan membaca novel melayu. (!!) Saya sedar bahawa saya tidak membuat sedemikian pada 13 Mac 2006 pada pukul sepuluh pagi di Sekolah Menengah Bedok View. Dengan ini, saya ingin meluahkan bahawa saya sangat gembira untuk meghadiri pelancaran itu walaupun ia hanya mengambil masa sebanyak sejam. :D

Terima Kasih CIKGU! :D

BAHASA MELAYU <33 ;

Monday, March 06, 2006

6 mac 2006

'Bahasa rojak' tidak dibenar di televisyen RTM

'RTM hanya menerima penggunaan ayat yang dituturkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Jika ia ditutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, kita akan sediakan terjemahan dalam bahasa Melayu, ini termasuklah untuk ucapan menteri dan wawancara dengan orang ramai,' katanya. - Utusan Malaysia.

Kementerian Penerangan Malaysia tidak akan membenarkan skrip yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris disiarkan di saluran TV1 dan TV2, Radio Televisyen Malaysia. Pada pendapat saya, ada kebaikan dan keburukan dengan membuat sedemikian. Kebaikannya adalah bahawa ini tidak akan merosakkan bahasa kita.

Ini pun lebih senang untuk beberapa orang kerana jika ada dua bahasa, sari kata haruslah dimasukkan ke dalam sesebuah rancangan itu. Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah tersebut bertujuan bagi mengelakkan penggunaan bahasa rojak di kedua-dua saluran berkenaan, yang mempunyai banyak penonton.

Dengan ini, saya berharap bahawa saluran Ssuria akan juga membuat demikian. Saya rasa terlalu banyak rancangan di suria yang menggunakan bahasa rojak. Di dewasa ini, ramai orang di Singapura yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Dari sekarang, berlatih untuk bertutur dalam bahasa melayu supaya generasi yang akan datang tidak akan menggunakan bahasa rojak juga. :D

BAHASA MELAYU <33 ;

5 mac 2006

'Bahasa rojak' tidak dibenar di televisyen RTM

'RTM hanya menerima penggunaan ayat yang dituturkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Jika ia ditutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, kita akan sediakan terjemahan dalam bahasa Melayu, ini termasuklah untuk ucapan menteri dan wawancara dengan orang ramai,' katanya. - Utusan Malaysia.

Kementerian Penerangan Malaysia tidak akan membenarkan skrip yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris disiarkan di saluran TV1 dan TV2, Radio Televisyen Malaysia. Pada pendapat saya, ada kebaikan dan keburukan dengan membuat sedemikian. Kebaikannya adalah bahawa ini tidak akan merosakkan bahasa kita.

Ini pun lebih senang untuk beberapa orang kerana jika ada dua bahasa, sari kata haruslah dimasukkan ke dalam sesebuah rancangan itu. Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah tersebut bertujuan bagi mengelakkan penggunaan bahasa rojak di kedua-dua saluran berkenaan, yang mempunyai banyak penonton.

Dengan ini, saya berharap bahawa saluran Ssuria akan juga membuat demikian. Saya rasa terlalu banyak rancangan di suria yang menggunakan bahasa rojak. Di dewasa ini, ramai orang di Singapura yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Dari sekarang, berlatih untuk bertutur dalam bahasa melayu supaya generasi yang akan datang tidak akan menggunakan bahasa rojak juga. :D

BAHASA MELAYU <33 ;

Friday, March 03, 2006

4 Mac 2006

Kreativiti menerusi IT

http://cyberita.asia1.com.sg/galeriseni/0,3618,GaleriSeniIndexPage-250000,00.html?


ALAT teknologi maklumat(IT) bukan hanya boleh digunakan untuk meningkatkan daya penghasilan malah juga untuk meluaskan ruang kreativiti.Bagi murid-murid Sekolah Rendah Princess Elizabeth, alat IT digunakan untuk menghasilkan cetakan-cetakan batik. Sekarang, di seluruh dunia, ramai orang menggunakan IT. Pada pendapat saya, manusia di dewasa ini asyik menggunakan IT. Ada banyak keburukan dan kebaikkannya.

Menurut Ketua Jabatan IT sekolah tersebut, Encik Noor Isham Sanif, kaedah baru itu bukan sahaja memberi peluang bagi para penuntut menjana ilham pertukangan secara kreatif, ia bahkan telah manghasilkan penuntut yang berbakat "Entrepreneur" dan berani mencipta.
Mereka mempunyai rancangan untuk memasarkan hasil ini kelak ini untuk mengumpul dana bagi sekolah ataupun mana-mana projek kebajikan.

Saya rasa menggunakan IT dengan niat yang baik itu bagus tetapi ada orang yang menggunkannya untuk benda-benda yang tidak berfaedah. Dengan ini, saya berharap semua orang akan mengguna IT dengan baik.

BAHASA MELAYU <33 ;

3 Mac 2006

BUDAK DUA TAHUN HILANG KETIKA DATUK SOLAT

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,70199-1141423140,00.html?

Seorang datuk bingung dan cemas apabila mendapati cucunya yang nyenyak tidur ketika beliau mengerjakan solat hilang sejurus beliau memberi salam. Isterinya, Cik Fatimah Yusoff, 50 tahun, percaya cucunya keluar menerusi pintu belakang flatnya yang sentiasa terbuka dan tidak tahu pulang. Saya rasa pintu flat tidaklah sepatutnya selalu terbiar kerana kanak-kanak akan keluar dari rumah.

Seorang remaja yang mengenali keluarga itu, Jumakyah Sudin, 17 tahun, mendakwa melihat Nurasyura bermain di tempat permainan kanak-kanak berdekatan sekitar 7.40 malam kelmarin. Dia pandang Jumakyah apabila dia memanggil namanya. Kemudian dia palingkan mukanya lalu berjalan lalu. Saya rasa ini amat pelik. pada pendapat saya, jika budak itu tidak tahu bagaimana hendak pulang, dan melihat seseorang yang dikenalinya, tentu dia tidak akan palingkan mukanya.

Para pegawai polis telah dikerahkan untuk sama-sama membantu mencari kanak-kanak itu. Saya harap tidak ada apa-apa yang terjadi dengan budak itu.

BAHASA MELAYU <33 ;

2 Mac 2006

HARAPAN AMBIL PEPERIKSAAN 'SEMAKIN PUDAR'

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,70142-1141336740,00.html?

SEDANG ramai pelajar ghairah mengambil keputusan Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' semalam, kurang pasti akan dapat menikmati saat-saat sedemikian.

Muhammad Zahier Samad, seorang pelajar prauniversiti yang berusia 19 tahun menghidap sejenis penyakit mata, retinal detachment, yang menyebabkan retina matanya pecah dan sekali gus hilang penglihatannya. Disebabkan itu, dia terpaksa menjalani banyak pembedahan dan tidak dapat ke sekolah sejak awal tahun ini dan harapan untuk mengambil peperiksaan semakin ''kabur'.

Dia tidak sabar untuk kembali ke sekolah. Dia selalu cuba berfikiran positif dan yakin akan dapat melihat lagi untuk sambung sekolah kerana pada pendapatnya, dia tidak tahu bagaimana dia boleh teruskan kehidupan jika dia tidak dapat melihat lagi. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang deejay radio atau mendalami bidang muzik. Kertas peperiksaan terpaksa dibesarkan dengan menggunakan saiz A3 berbanding A4 dan menggunakan saiz huruf yang lebih besar serta memanjangkan tempoh peperiksaan khas untuknya.

Pada mendapat saya, Muhammad Zahier Samad adalah seorang pelajar yang amat bersemangat dan tidak akan putus asa jika melalui sesuatu cabaran.

BAHASA MELAYU <33 ;

Wednesday, March 01, 2006

1 Mac 2006

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,70098,00.html?

Rela buat apa saja untuk tujuan murni

Cik Waridah Sadauna dan Cik Sutinah Ahmad, kedua-duanya 47 tahun serta Cik Alimah Hassan, 54 tahun memungut barang-barang terpakai atau akhbar lama dari rumah ke rumah untuk amal. Mereka sanggup menebalkan muka dengan melakukan kerja-kerja seperti apek karung guni untuk tujuan murni itu. Pendapatan yang mereka raih disalurkan kepada dana Masjid Hasanah di Teban Gardens. Pada pendapat saya, hati mereka sangat besar. Saya bersa sangat gembira dan berterima kasih dengan perbuatan mereka. Masjid Hasanah adalah sebuah masjid di mana saya mendapat ilmu apabila saya di kindergarten dan K1,K2.

Mereka adalah antara 15 anggota kumpulan Al-Wafiyah Hasanah yang aktif di masjid tersebut.
Mereka memulakan kutipan barang-barang terpakai dan akhbar lama sejak dua bulan lalu.
Mereka telah berjaya mengumpul sekitar $240.

Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Hasanah, Encik Mohamad Jamal Nasir, berkata dengan tidak secara langsung usaha itu dapat menarik lebih ramai wanita untuk menggiatkan diri mereka di masjid tersebut. Saya rasa ia adalah satu kerja murni yang patut dicontohi

Saya harap orang ramai akan menolong mereka dalam dana ini.

BAHASA MELAYU <33 ;

28 Februari 2006

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,69980-1141163940,00.html?

Geylang Serai tinggal kenangan

Geylang Serai dirakam untuk kenangan sebelum ia ditutup semalam untuk dibangunkan semula. Itulah yang dilakukan Encik Abdul Malek Khan Surattee, dan isterinya, Cik Sudarmi Radi, serta anak mereka dan seorang kawan, yang bergambar di kedai mereka, Abdul Malek Khan Trading. Mereka dijangka mula berniaga berdekatan dengan stesen MRT Paya Lebar mulai lusa.

Ramai yang bersedih untuk meninggalkan tempat mereka tinggal dari kecil lagi. Pada pendapat saya, ini tidaklah mendatangkan apa-apa kesan kepada diri saya kerana saya ke sana satu kali setahun sahaja. Saya rasa, setelah Geylang Serai dibangunkan semula, ia pasti kelihatan lebih baru dan lebih bersih. Ia adalah sesuatu yang bagus tetapi membawa kenangan dahulu. Walaupun tempatnya sama, perasaannya lain.

Geylang Serai akan menjadi memori bagi semua.

BAHASA MELAYU <33 ;

Monday, February 27, 2006

27 Februari 2006

Yaacob: Masyarakat boleh jadi 'mata dan telinga dalam usaha perangi pengganasan

Image hosting by Photobucket

“Dalam suasana serba baru sekarang kini, kita perlukan kerjasama semua masyarakat, dalam usaha menentukan Singapura terus menjadi rumah yang selamat bagi rakyatnya”

Dr. Yaacob Ibrahim mengingatkan masyarakat agar sentiasa bersedia dan bekerja rapat dengan agensi pemerintah untuk melindungi negara ini pada bila-bila masa. Kita patutlah sentiasa bersedia kerana tidak pihak polis dan SCDF (Pasukan Pertahanan Awam Singapura) tidak dapat berada di seluruh Singapura untuk mengatasi pelbagai cabaran yang dihadapi setiap masa. Dr Yaacob, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, juga mengatakan bahawa tiada sesiapa yang dapat menentukan bila, bagaimana dan di mana serangan boleh berlaku.

Di kelas baru-baru ini, kami telah membuat skit untuk disampaikan di kelas dan ia adalah tentang Hari . Bagi kumpulan saya, kami menekankan bahawa semua rakyat Singapura memainkan peranan dalam memajukan Singapura dan membuatnya sebuah negara yang sangat selamat. Negara kita boleh terdedah kepada bahaya jika rakyat SIngapura tidak memain peranan masing-masing.

Pada pukul lapan setengah pagi hari ini, para penduduk di sebuah daerah di Singapura diberi peluang untuk mempelajari bentuk tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku serangan kimia. Saya menyokong dengan aktiviti ini kerana saya sendiri pun tidak tahu apa yang harus dilakukan jika serangan berlaku. Saya amat gembira dan sangat, sangat bangga untuk tinggal di Singapura.

BAHASA MELAYU <33 ;

Saturday, February 25, 2006

26 Februari 2006

SELAMAT BERSEMADI, WIRA NEGARA

Image hosting by Photobucket
diambil dari Berita harian 26/02/06

S. Rajaratnam adalah seorang wira Negara dan patriot. Saya ingin memberi salam takziah kepada keluarga S. Rajaratnam. Kematian S. Rajaratnam adalah kehilangan Singapura. Ramai yang menagis teresak-esak atas kematiannya baru-baru ini. Saya telah menonton banyak program di televisyen tentangnya dan bagaimana warga Singapura berasa tentang kehilangannya. Apabila saya melihat ramai orang menangis, saya berasa sedih dan ingin menagis bersama.

Apabila isteri S. Rajaratnam meninggal dunia pada 1989, dia menatakan bahawa dia tidak takut jika ia adalah masanya untuk meninggal dunia ini. Dia juga mengatakan bahawa dia ingin menanya dirinya jika dia membuat sesuatu yang baik di dunia ini. Semua orang di Singapura tahu bahawa jwapannya adalah ‘YA!’.

Ini adalah kali pertama jenazah pemimpin diberi penghormatan di Esplanade. Saya rasa S. Rajaratnam harus diberi penghormatan ini. J Ramai penduduk di Singapura hormati S. Rajaratnam untuk ketabahannya dan hatinya yang mulia itu.

Pada pendapat saya, S. Rajaratnam telah menolong ramai orang. Satu program di televisyen menunjukkan semua orang yang ingin mengucapkan terima kasih kepadanya untuk memolong mereka dalam sesuatu perkara. Ada yang menangis apabila menceritakan tentangnya. Apa yang masih di dalam fikiran saya adalah apa yang seorang lelaki berkata sambil menangis, “I miss him.”

BAHASA MELAYU <33 ;

25 Februari 2006

KEPUTUSAN GCE 'A' DIUMUM

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,69828,00.html?

Keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' tahun lalu akan diumumkan Rabu ini. Para pelajar boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 2 petang.
Calon persendirian akan dimaklumkan menerusi pos, kata Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan semalam. Mereka boleh juga mendapatkan keputusan di laman Lembaga Penilaian dan Peperiksaan Singapura, www.oe.seab.gov.sg, selepas 2 petang Rabu ini.

Kakak saya akan mengambil keputusannya pada hari Rabu ini. Dia ingin ke Universiti Teknikal Singapura untuk mengambil kursus yang dia mahu. Saya rasa semua pelajar yang akan mengambil keputusan mereka gementar sekali. Menurut kakak saya, dia telah belajar seratus kali ganda lebih daripada dia belajar untuk GCE 'O'nya. Saya berharap kak saya akan mendapat markah yang baik. :D

Ramai pelajar yang telah menduduki peperiksaan peringkat ‘A’ telah mendapat kerja untuk mengisi masa lapang yang seseorang itu ada. Saya dapat melihat sendiri bagaimana susahnya untuk mendapat kerja. Pada mendapat saya, ramai orang lebih gemar bekerja di sebuah faktori kerana gajinya amat memuaskan jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang lain.

Saya akan berdoa untuk kakak saya yang akan mendapat keputusannya hari Ahad ini. Dia sangat takut kerana dia akan mendapat keputusan dalam 4 hari sahaja! Semoga KAK SYIKIN berjaya! YAY!

BAHASA MELAYU <33 ;

Thursday, February 23, 2006

24 Februari 2006

CETAK KEKATA 'QURAN' DI KERTAS TANDAS


http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,69782,00.html?

Setelah membaca aritkel ini, saya bukan sahaja marah tetapi geram sungguh dengan apa yang dilakukan dengan seorang lelaki rakyat German yang berusia enam puluh satu tahun. Dia telah mencetak kekata 'Al-Quran' pada kertas tandas, kemudian cuba menjualnya ke masjid-masjid di situ. Semasa saya membaca artikel ini, saya berasa sangat marah. (MARAH MARAH MARAH !!!) Dia patut tahu bahawa itu adalah salah. Tambahan pula, dia menjualnya ke masjid-masjid. Saya rasa ini betul-betul tidak masuk akal.

Dia telah dijatuhi hukuman setahun penjara kerana mengganggu ketenteraman awam. Saya berpendapat bahawa dia patut menukar perangainya. Aritkel ini menyakitkan hati semua orang Islam di seluruh dunia. Lelaki itu memberitahu mahkamah dia mahu mencari dana untuk membantu sekumpulan pelajar. Dia ada niat yang baik tetapi ini bukanlah cara untuk mengumpul duit. (!!!)

Saya tidak akan salahkannya jika dia kesal atas perbuatannya itu tetapi (TETAPI!!) dia tidak berasa kesal menghantar kertas tandas itu ke 15 masjid di Duisburg, Hamburg dan Dortmund selain ke stesen televisyen dan majalah berita pada Julai lalu. Saya berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi dan saya berharap semua orang di dunia ini akan menghormati agama dan kaum lain dan janganlah menghina mereka.

Dalam kesimpulannya, saya berharap lelaki ini akan menjadi seorang lelaki yang lebih baik dengan masa yang dia ada di dalam dunia ini.

BAHASA MELAYU <33 ;

23 Februari 2006

POLIS PERJELAS LANGAKAH PERIKSA REMAJA LEPAS 11 MALAM

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,69718,00.html?

Polis menyatakan bahawa mereka akan mengirimkan surat kepada ibu bapa remaja yang didapati berkeliaran selepas 11 malam dan ia telah diumumkan pada 15 Februari lalu. Walaupun ramai ibu bapa menyokong inisiatif itu, ia menimbulkan reaksi negatif daripada para belia yang mendakwa ia menyekat kebebasan dan mencerobohi hak mereka.

Saya tidak pernah pulang selewat sembilan malam dan saya menyokong inisiatif ini. Ibu saya menyatakan bahawa ramai orang salah anggap dengan artikel ini. Ia bukanlah bagi semua remaja yang bukan di rumah selepas waktu malam. Ia untuk remaja-remaja yang berlepak di sesuatu tempat. Jika remaja itu kelihatan mencurigakan, polis akan menanya remaja itu untuk menyerahkan i/c mereka sahaja. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa masa yang diberi adalah terlalu siang. Saya rasa bahawa pukul dua belas atau pukul satu adalah yang terbaik. (pendapat sahaja!)

Inisiatif ini harus dilihat sebagai sebahagian pendekatan bekerja rapat dengan kumpulan-kumpulan belia, sekolah, ibu bapa dan badan-badan sosial dalam membendung masalah kenakalan remaja.

BAHASA MELAYU <33 ;

Wednesday, February 22, 2006

22 Februari 2006

MESEJ PENING SEBALIK KAD UCAPAN TERPANJANG

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,69651,00.html?

Saya bersetuju bahawa rusuhan kaum yang tercetus di Singapura dalam 1960-an telah meninggalkan kesan mendalam pada diri saya. Anggota Parlimen bagi GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Charles Chong, di Pusat Konvensyen Suntec menekankan bahawa keharmonian kaum tidak boleh diambil sambil lewa dan perlunya bersikap sensitif kepada kepercayaan satu sama lain.

Pada pendapat saya, ini adalah isu yang penting di masyarakat kita. Pernah berlaku tidak lama dahulu tentang pemuda dan wanita yang benci kepada sesuatu agama dan meluahkan persaan mereka di dalam blog. Kami haruslah mengambil inisiatif mengenali lebih dekat setiap kaum dan budaya yang lain dengan bercampur gaul dengan teman dari pelbagai bangsa dan agama.

Ia adalah sungguh penting untuk menjaga keharmonian kaum di Singapura. Bukan sahaja supaya rusuhan kaum tidak akan berlaku lagi tetapi supaya warga-warga Singapura tidak akan bergaduh sesama sendiri kerana negara kita akan mundur jika perkara itu berlaku.

Dalam kesimpulannya, saya berharap supaya semua orang Singapura akan bertolak-ansur dengan kaum dan agama dan lain untuk meningkatkan ekonomi negara kita. :D

BAHASA MELAYU <33 ;

Tuesday, February 21, 2006

21 Februari 2206

Datuk lapor $51,000 dicuri di flat

Image hosting by Photobucket
diambil dari Berita Harian, 21 Rebruari 2006

Lima puluh satu ribu dolar bukanlah sedikit. Apakah lagi jika duit itu adalah kepunyaan seseorang yang berusia 78 tahun. Haji Omar Mijan kerap ulang alik ke Johor bersama isterinya. Inilah mengapa mereka tidak menyimpan duit itu di dalam bank.

Saya bersimpati dengan Cik Omar setelah apa telah berlaku. Menurutnya, pencuri itu masuk ke dalam rumahnya dari jendela dan bukan pintu kerana tidak ada tanda-tanda bahawa pintu beliau telah dibuka secara paksa. Saya rasa walaubagaimanapun susahnya untuk ulang alik ke bank untuk menyimpan duit, saya berpendapat bahawa beliau sepatutnya masuk duitnya di bank sebulan sekali ataupun seminggu sekali untuk keselamatan dirinya dan rumahnya. Sekarang, semua wang simpanan Cik Omar telah hilang.

Mencuri adalah salah dan pencuri itu tidak sepatutnya membuat begitu. Dia hanya memalukan dirinya sendiri dengan membuat sedemikian. Pencuri itu pun mencuri barang kemas yang bernilai empat ribu dolar. Saya rasa Cik Omar dan isterinya memang kaya dan saya berpendapat bahawa pencuri itu telah menelitikan pergerakan Cik Omar untuk beberapa minggu dan apabila pencuri itu mendapat tahu Cik Omar ke Malaysia, dia mengambil kesempatan untuk masuk ke rumahnya dan mencuri duit dan barang kemas. Polis masih sedang menyiasat kes ini. Apabila polis menangkap pencuri ini, barulah saya dapat tahu apa yang betul-betul terjadi. :D

BAHASA MELAYU <33 ;

Monday, February 20, 2006

20 FEBRUARI 2006
SUAMI PERGI SELAMANYA DI HARI LAHIR
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,69537,00.html?

Saya amat bersimpati dengan Cik Rohani Mohamad. Suaminya meninggal dunia semasa bekerja kira-kira pada pukul dua belas tengah hari. Selalunya, 14 Februari adalah hari yrang gembira untuk Cik Rohani kerana ia adalah hari lahir suaminya. Malangnya, tarikh itu kini membawa kenangan hiba kepadanya. Cik Rohani masih tidak pasti bagaimana nahas itu berlaku dan polis masih menyiasat kes ini. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana suami Cik Rohani meninggal dunia. Menurut kakak Allahyarham, Allahyarham jatuh dari platform setinggi tiga meter.

Saya berkasihan dengan Cik Rohani yang telah menjadi janda apabila dia masih muda; 28 tahun. Jika saya adalah Cik Rohani, saya tidak tahu bila hati saya akan terbuka lagi. Walaubagaimanapun, Cik Rohani mengatakan bahawa sudah ditakdirkan ajal suaminya.

Allahyarham baru memulakan kursus teknologi air secara sambilan di Institut Pendidikan Teknikal. Saya pun berpendapat bahawa ia amat ‘sayang’ bahawa Allahyarham tidak dapat menghabiskan kursus itu. Saya ingin menyampaikan salam takziah kepada Ciak Rohani bagi apa yang telah terjadi.

Amin.

BAHASA MELAYU <33 ;

Saturday, February 18, 2006

19 FEBRUARI 2006

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,69521,00.html?

PATUHI PESAN ARWAH ABANG WALAU DALAM PENJARA

Artikel ini fasal seorang budak lelaki yang berusia 22 tahun. Dia menghisap dadah dan telah ke penjara empat tahun yang lalu. Apabila dia ditangkap atas kesalahan dadah, dia terkejut daripada khayalan. Abangnya meninggal dunia akibat kemalangan motosikal dalam 1999 dan pernah berpesan kepada dia supaya mengambil peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' setelah selesai GCE peringkat 'N'. Pada pendapat saya, pesanan ini telah menguatkan semangatnya untuk mengambil peperiksaan itu. Sekarang, dia telah dilepaskan daripada penjara dan telah sedaya upaya belajar di Sekolah Penjara Pusat Kaki Bukit (KBC) untuk peperikasaan itu. Saya berasa sungguh gembira apabila saya membaca bahawa dia telah mendapat A2 bagi Prinsip Perakaunan dan Sains (gabungan Fizik dan Biologi) untuk (GCE) peringkat 'O'. Saya rasa apa yang saya katakan di artikel sebelum ini adalah salah kerana saya mengatakan bahawa masa depan kita akan terjejas jika kita ke penjara tetapi sekarang saya rasa dengan keyakinan dan ketabahan seseorang itu impiannya boleh menjadi kenyataan.

Dengan ini, saya pun hendak memberitahu semua orang di sana supaya menyokong projek “Yellow Ribbon”. :D

"I'm really still in prison and my love, she holds the key, a simple yellow ribbon's what I need to set me free..."

BAHASA MELAYU <33 ;

18 FEBRUARI 2006

DUA DIJEL KERNA SEBAR LAGU DIMUAT TURUN DARI INTERNET

Image hosting by Photobucket

diambil daripada BERITA HARIAN 18 Februari 2006

Dua orang pemuda yang di dalam lingkungan 20 tahun dihukum penjara tiga dan empat bulan kerana menyebar dan mengongsi lagu-lagu dalam bentuk MP3 yang mereka muat turun daripada Internet. Pemuda itu telah melanggar hak cipta. Pada pendapat saya, ini adalah kes yang biasa di antara kami semua tetapi selalunya kes itu tidaklah disampaikan di mahkamah. Artikel ini telah membuat saya sedar bahawa masa depan saya akan terjejas jika saya muat turun lagu-lagu di internet. Ini juga akan menyampai mesej kepada mereka yang muat turun lagu-lagu di internet untuk berhenti membuat sedemikian.

Apabila ibu bapa saya membaca artikel ini, mereka memberitahu saya untuk berhati-hati apabila muat turun apa-apa dokumen di dalam internet. Bapa saya mengatakan bahawa dia akan ke penjara jika saya melanggar peraturan itu. Saya pun ketawa terbahak-bahak.

Pada pendapat saya, ia adalah terlalu mahal untuk membayar $500 untuk satu lagu yang dimuat turunkan dari internet kerana pemuda itu telah muat turun 1,055 lagu di internet. Dalam kesimpulannya, saya berharap supaya kamu tidak akan melanggar peraturan ini((:

A’kum.

BAHASA MELAYU <33 ;

Friday, February 17, 2006

testing testing 123 :D

BAHASA MELAYU <33 ;

DIA :D
<3
Assalammualaikum.
Peace be upon you(:

HASLINDA
nur haslinda binte juwaini
sekolah menegah crescent
1g1 '05 2g1 '06
07sifar2sembilan2
sayang AISYAH
islam <3
gemar BERCAKAP(:
selalu AWAL
Image hosting by Photobucket

selamat datang(:

Selamat datang ke blog bahasa melayu saya. Inilah pendapat dan pandangan saya bagi artikel-artikel di dalam Berita Harian(: Saya ingin meminta maaf jika pendapat saya tentang apa-apa perkara di dalam blog ini menyakitkan hati anda. Dari sini, selamat datang ke blog saya and sudilah membacanya:D

KAWAN <3

friendname

PEKIK-